Selamat Hari Alam Sekitar Sedunia 2020

HARI Alam Sekitar Sedunia (World Environmental Day) yang disambut pada 5 Jun setiap tahun sekurang-kurangnya dapat memperingatkan manusia kepada dua perkara:

(1) Keperluan untuk sentiasa melindungi alam sekitar kerana kepentingannya kepada kehidupan manusia.

Advertisement

(2) Alam sekitar adalah tanda yang membuktikan keesaan, kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah.

Justeru, menjaganya adalah suatu kewajipan dan ibadah yang menyempurnakan hubungan seseorang dengan Tuhan dan manusia.

“Time For Nature”
“Waktunya Untuk Alam”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Jumaat, 5 Jun 2020 | 13 Syawal 1441H – HARAKAHDAILY 5/6/2020