Sambutan Raya Korban dibenarkan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban dibenarkan dalam tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Bagaimanapun katanya, kebenaran itu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Islam.

Advertisement

Namun katanya, kelonggaran untuk membenarkan lebih ramai jemaah hadir untuk solat berjemaah di masjid dan aktiviti keagamaan di rumah-rumah ibadat masih lagi diperhalusi.

“Bagi solat berjemaah dan aktiviti keagamaan di masjid dan rumah-rumah ibadat, kelonggaran untuk membenarkan lebih ramai jemaah hadir mengikut ruang keluasan masjid atau rumah ibadat sedang diperhalusi oleh kerajaan dan akan diumumkan sedikit masa lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan khas Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.- HARAKAHDAILY 7/6/2020