Hanya 7 kes Covid-19 hari ini

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes positif Covid-19 paling rendah dengan hanya satu angka iaitu 7 kes yang dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi dengan tiada rekod kematian dilaporkan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes yang direkodkan itu, terdapat 2 kes import dan sebanyak 5 kes adalah penularan tempatan.

Advertisement

Manakala katanya, sebanyak 20 kes yang telah sembuh dan telah discaj pada hari ini dan menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh adalah sebanyak 6,694 bersamaan 80.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dr Noor Hisham berkata, jumlah keseluruhan kes positif virus itu adalah sebanyak 8,329 kes dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 1,518.

Bagaimanapun, menurut beliau seramai 6 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 1 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.- HARAKAHDAILY 8/6/2020