100 hari PN: Rakyat beri ‘signal’ positif

KUALA LUMPUR: Genap 100 hari pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima banyak maklum balas yang positif dalam kalangan rakyat.

Advertisement

Lontaran komen positif rakyat terhadap pentadbiran Muhyiddin dikongsikan di ruangan media sosial yang rata-ratanya berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan sekarang berbanding kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Mengulas maklum balas 100 hari pentadbiran PN, Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menyifatkan kerajaan sekarang bergerak kehadapan tanpa menoleh kebelakang seperti PH yang sentiasa menyalahkan pentadbiran terdahulu.

Tiada isu menyentuh sensitiviti agama dimainkan, kata Ustaz Idris Ahmad

Hujahnya, sepanjang PN mentadbir tiada langsung isu sentiviti kaum dan agama berlaku.

“Dapat dilihat gerak kerajaan PN yang lebih fokus dan mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat.

“Tiada isu sensitiviti membabitkan orang Melayu Islam yang dibangkitkan serta isu perkauman,” katanya kepada Harakah hari ini.

Tambahnya, menteri kabinet lebih fokus kepada portfolio masing-masing dan tidak banyak mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kontroversi.

Ini membolehkan Perdana Menteri dapat menguruskan pentadbiran dengan lebih baik dalam menyampaikan beberapa pakej usaha kerajaan dalam membantu rakyat yang terjejas kerana Covid-19.

Dalam pada itu, katanya kejayaan yang sangat jelas kerajaan PN adalah menerusi tindakan proaktif dalam menghadapi Covid-19 yang turut mendapat pengiktirafan dunia. – HARAKAHDAILY 9/6/2020