PASRelief anjur korban, akikah dan wakaf al-Quran

KUALA  LUMPUR: Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) akan menganjurkan misi korban dan akikah yang bakal dilaksanakan sempena Aidil Adha tahun ini di tiga negara khusus kepada umat Islam tertindas dan miskin.

Advertisement

Ia akan diadakan di perkampungan etnik Rohingya di Arakan, Myanmar, selain diteruskan di Mindanao, Filipina melibatkan umat Islam Bangsamoro bekas mangsa perang, disamping kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh.

Penyertaan korban ini terbuka buat seluruh warganegara Malaysia yang ingin menyokong misi PASRelief terhadap saudara Islam berkenaan dengan tawaran harga RM350 untuk satu bahagian lembu, manakala RM450 bagi seekor kambing.

Menurut Pengarah PASRelief, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah, korban dan akikah ini bukan semata-mata ibadah, tetapi menjadi sebahagian misi PASRelief terhadap pemberdayaan saudara seagama serta masa depan kepentingan Islam itu sendiri.

Bersama misi tahun ini juga PASRelief membuka sumbangan al-Quran yang akan diwakafkan kepada umat Islam di lokasi tersebut dalam usaha untuk terus mencahayakan pembangunan umat Islam berteraskan kekuatan wahyu dan panduan Allah S.W.T

Pendaftaran korban atau akikah, serta wakaf al-Quran ini boleh dibuat menerusi transaksi ke akaun Maybank 5640 7061 2333 PASRelief atau layari https://pasrelief.onpay.my atau QR kod yang tertera di poster iklan yang disiarkan.

Pendaftaran dan sebarang pertanyaan juga boleh dibuat dengan menghubungi atau WhatsApp ke 011-2077 5802 (Haji Yunus) atau 019-450 0660 (Ustaz Yusni). – HARAKAHDAILY 11/6/2020