Teksi, e-Hailing boleh beroperasi tanpa had masa

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa perkhidmatan e-Hailing dan teksi dibenarkan beroperasi tanpa had masa.

Selain itu katanya, jumlah penumpang adalah mengikut kapasiti kenderaan masing-masing.

Advertisement

Menurutnya, sebelum ini perkhidmatan e-Hailing dan teksi hanya dibenarkan membawa dua orang penumpang sahaja dan beroperasi sehingga jam 10 malam.

Bagaimanapun, kaedah pembayaran tambang hendaklah dibuat tanpa tunai dan mesti muat turun aplikasi MySejahtera.

Kata Ismail sabri lagi, penumpang dan pemandu diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang perjalanan serta mesti melakukan proses sanitasi selepas selesai operasi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.- HARAKAHDAILY 11/6/2020