Bantu MCM selamatkan Masjid Kyoto

MASJID Quba adalah Masjid pertama yang dibina Rasulullah SAW yang menjadi lokasi pertama disampaikan khutbah serta didirikan solat Jumaat yang disyariatkan.

Advertisement

Kyoto juga akan mencipta sejarah dimana akan terbina sebuah masjid yang akan menjadi syiar Islam di negara matahari terbit.

Kos keseluruhan pembelian Masjid Kyoto ini adalah RM3.05 juta bersamaan 76.7 juta Yen.

Muslim Care Malaysia Society mengambil tanggungjawab untuk mengusahakan dana pembinaan masjid pertama di Kyoto bermula dengan dana deposit sebanyak RM214,200 atau bersamaan 5.5 juta Yen yang telah dijana oleh komuniti di Jepun.

Muslim Care Malaysia Society memerlukan RM2.73 juta lagi untuk melunaskan bayaran pembelian masjid tersebut

Deposit akan hilang sekiranya baki dana sebanyak RM 2.73 juta atau 68.5 juta Yen gagal diselesaikan, akan berisiko kontrak terbatal dan kehilangan 5.5 juta yen (RM214,200) deposit.

Keselurahan baki perlu dijelaskan sebelum 25.6.2020.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.” – Riwayat Muslim

Ayuh seluruh rakyat Malaysia merebut peluang dengan mengekalkan amal jariah sebagai saham akhirat yang manfaatnya sehingga kiamat.

HARAKAHDAILY 12/6/2020