MOSTI ruang pacu pembangunan, jana kreativiti

KEMENTERIAN Sains, Teknologi dan Inovasi bertanggungjawab dalam memacu persekitaran sains dan teknologi dalam negara.

Dari cetusan idea, penyelidikan, pembangunan, pengkomersilan, pendanaan dan hampir keseluruhan ekosistem kitar hayat produk dan perkhidmatan sains teknologi adalah dalam perhatian MOSTI.

Kerana itu spektrum teknologi ini luas. Dari teknologi nano, advance material, bioteknology, perubatan, Farmaseutikal, kejuruteraan, teknologi maklumat, kepintaran buatan, robotik, marin, aeroangkasa, angkasa, sains nuklear. Apa sahaja berkait teknologi.

Bagi saya sendiri yang pernah dalam persekitaran industri Maritim, segala pendedahan ini sangat berharga. Ia membolehkan saya dapat memahami fungsian semua Kementerian yang lain juga melalui perbincangan pelbagai teknologi yang diguna pakai.

Advertisement

Ia bagaikan memasuki kembali alam universiti saya di mana kami belajar pelbagai perkara. Dalam 2 bulan pertama ini banyak perkara baru yang saya belajar.

Saya akan merasa sungguh bertuah jika dapat menamatkan ‘pengajian’ dan bergraduasi dari MOSTI satu hari nanti dengan segala pemahaman asas teknologi-teknologi dan proses pembangunannya. Segalanya sungguh menarik dan menyegarkan minda.

Antara agensi yang berada di bawah MOSTI adalah Technology Park, Akademi Sains, MTDC, National Institute of Biotechnology Malaysia, Institute Genom, Akademi Sains Malaysia, Yayasan Inovasi Malaysia, Agensi Nuklear, Lembaga Perlesenan Atom, MySA, MIGHT, MAGIC, MIMOS, Planetarium, Jabatan Kimia, Kumpulan Modal Perdana, Malaysia Debt Venture, Craddle Fund dan pelbagai lagi.

Ia kadang-kadang agak memenatkan untuk menyesuaikan diri dengan segala perkara baru yang pelbagai disiplin teknologi. Tapi saya cukup menghargainya. Lebih-lebih lagi melihat anak anak muda yang cukup kreatif dan bertenaga dalam menjana idea.

YB HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – HARAKAHDAILY 12/6/2020