Cantuman dewasa untuk hasil pertanian lebih baik

POKOK durian kampung tak perlu tebang untuk nak tanam Musang King. Pokok mempelam biasa juga tak perlu dibuang untuk nak tanam Harum Manis. Pokok asal boleh dikekalkan. Yang perlu ialah tunas Musang King atau tunas Harum Manis kita cantumkan pada pokok asal dengan kaedah cantuman dewasa. Maka insya-Allah akan berbuahlah pokok tersebut dengan Musang King atau Harum Manis.

Cantuman dewasa ini boleh dipraktikkan untuk semua pokok seperti nangka biasa nak jadi Nangka Madu. Syaratnya mesti dari famili yang sama. Tak boleh nak cantum mempelam supaya berbuah durian.

Advertisement

Jabatan Pertanian Negeri Terengganu menjemput sesiapa yang berminat terutamanya Siswazah menganggur (Negeri Terengganu) untuk menceburi bidang pertanian khususnya menjadi pencantum pokok secara profesional.

Selepas menjalani kursus secara intensif, pencantum-pencantum profesional ini akan membantu pekebun-pekebun atau pemilik pokok durian, mangga dan lain-lain tanaman bagi menjana pendapatan sendiri yang lebih lumayan dalam Program Pemulihan Dusun yang sedang dilaksanakan Kerajaan Negeri.

Sila berhubung dengan Pejabat Pertanian Daerah terdekat sekitar Terengganu bagi proses temuduga terbuka atau pertanyaan. Jemput hadir ke pejabat dan jangan malu-malu. Pegawai dan kakitangan Pejabat Pertanian telah diarahkan untuk bertugas melayan tuan puan. Kursus tersebut akan dijalankan dalam masa terdekat. Percuma sahaja.

YB DR AZMAN IBRAHIM
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 13/6/2020