Belanjawan akan dibentang 6 November

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2021 akan dibentangkan pada 6 November depan sebagai tarikh baharu, kata yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

Menurut portal rasmi Parlimen Malaysia, mesyuarat ketiga itu sepatutnya berlangsung dari 28 September hingga 26 November 2020 dengan persidangan berjalan selama 36 hari.

Advertisement

Pindaan itu dibuat oleh pihak kerajaan selaras dengan Peraturan 11 (2) dan 15 (2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, katanya

Sebelum ini katanya, kerajaan menetapkan 2 Oktober depan sebagai tarikh pembentangan Belanjawan 2021.

Sementara itu, pihak kerajaan juga menangguhkan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) yang sepatutnya dibentangkan pada 6 Ogos depan, kepada tarikh akan ditentukan nanti.

Selain itu, beliau memaklumkan, Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Rakyat akan bermula pada 13 Julai hingga 27 Ogos depan.

“Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Dewan Rakyat juga dipinda kepada 2 November hingga 15 Disember depan,” katanya dalam satu kenyataan.- HARAKAHDAILY 15/6/2020