Selesai keraguan bil dengan perbincangan bersama TNB

DALAM isu TNB susulan suara rakyat Kuala Terengganu yang saya bangkitkan, kelmarin Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Terengganu telah meminta penjelasan TNB Terengganu.

Penjelasan telah diberikan kepada kita dari segi pemahaman kaedah pengiraan yang sebenar sebagai memperjelaskan pelbagai versi kaedah pengiraan yang didakwa oleh netizen.

Seperti saya sebut sebelum ini, kaedah pengiraan TNB telah disemak oleh Suruhanjaya Tenaga selain saya maklumkan usaha lain kerajaan dalam membantu rakyat berkaitan kos bil elektrik ini.

Advertisement

Cuma ada beberapa perkara yang saya terus menerima aduan yang nasihat saya seperti berikut:

(1) Jika pengguna dapati bil mereka tidak dikira seperti yang ditunjukkan, buatlah aduan. (agak kurang munasabah kerana semuanya automatik).

(2) Sekiranya keadaan sebenar unit penggunaan tidak munasabah dengan realiti sebenar misalnya kedai, pejabat tutup, atau tiada orang di rumah, macam mana kadar penggunaan menjadi tinggi? Buatlah aduan. Mungkin ada yang tak kena dengan meter, atau bacaan meter.

(3) Kita memahami rakyat dikeranakan oleh PKP berada di rumah disebabkan oleh arahan kerajaan, bukan kemahuan mer

eka. Mereka nak keluar bekerja, atau berniaga. Tapi semua diarahkan tutup.

Kerana itu penggunaan elektrik di rumah memang lebih tinggi. Kerajaan bukannya suka-suka mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia demi kepentingan nyawa, keselamatan rakyat. Kerana itu kerajaan bersetuju berkongsi kesusahan rakyat dengan Pakej Rangsangan Prihatin lebih RM250 bilion dengan pelbagai insentif, bantuan, subsidi. Sebahagian Rakyat terus dibayar gaji penuh walaupun bekerja dari rumah. Sebahagian dibayar penuh walau pejabat tidak dibuka. Sebahagian sektor swasta terus membayar gaji seperti biasa kerana diarahkan kerajaan walau perniagaan tidak berjalan. Kerajaan membantu dengan insentif tertentu.

Kerja dari rumah bermakna memperoleh gaji penuh tanpa perlu membayar kos beratus Ringgit sebulan untuk petrol, pengangkutan awam, parking dan seumpamanya dan beroleh masa berkualiti yang mahal harganya untuk bersama keluarga tercinta.

(5) Kerana itu, kita jimat dari satu segi, tapi dari segi yang lain misalnya penggunaan elektrik di rumah masing-masing pula menjadi tinggi.

(6) Memang hasrat kita agar ikut ruang mana, kemampuan yang ada, sentiasa dicari jalan membantu rakyat.

(7) Bil elektrik tinggi kerana rakyat lebih banyak menggunakan tenaga elektrik di rumah musim PKP, PKPB.

(8) Sistem Tarif Elektrik adalah sistem yang sama digunapakai sejak dulu. Ia sama untuk bil air, ada tarifnya.

Rakyat biasa untuk kegunaan isi rumah, tak banyak penggunaannya. Kerana itu tarif blok pertama dengan kadar lebih murah adatnya penggunaan rakyat marhaen.

Yang banyak pakai elektrik sehingga pergi ke blok kedua yang tarif lebih mahal dan blok selanjutnya adabnya rumah, besar, aircond, dianggap warga yang lebih berada atau kaya atau premis perniagaan kecilan yang bermisikan keuntungan. Begitulah blok yang lebih besar penggunaan dari kilang-kilang, perusahaan. Lain tarifnya.

(8) Begitulah pemahaman biasa tujuan tarif ini. Supaya pengguna kecil-kecilan tak tanggung harga mahal.

(9) Ia terbalik daripada cara biasa berniaga. Beli sikit kita jual mahal. Tapi kalau beli banyak kita beri harga lebih murah. Beri diskaun.

(10) Saya tak fikir TNB rugi banyak jika menjadi lebih pemurah dalam musim-musim PKP dan PKPB selama tiga bulan yang baru berlalu.

(11) Betul, TNB kehilangan hasil dari pelanggan seperti kilang yang tidak beroperasi, hotel yang ditutup.

(12) Apa salahnya menanggung sama sikit sebanyak kesusahan rakyat biasa dengan katakan untuk tempoh PKP itu diberi lebih diskaun, atau kaedah guna satu kadar sahaja. Untuk 3 bulan sahaja.

Saya rasa dengan cara itu TNB lebih dekat di hati rakyat dan dilihat senang sama senang, susah sama susah dengan rakyat.

HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu – HARAKAHDAILY 15/6/2020