Tabung Untuk Ayah bantu pembedahan amilin

BANGI: Menyelami perasaan seorang anak, Norhayati Abu Hassan yang mengadu mengenai derita kanser prostat dialami ayahnya, Abu Hassan Dahalan sejak dua tahun lalu, Skuad Prihatin segera melancarkan ‘Tabung Buat Ayah’.

Advertisement

Usaha segera entiti di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Muslimat PAS Malaysia itu bertujuan membantu kos pembedahan di mana terbaharu Abu Hassan telah dimasukkan ke sebuah hospital di Serdang, di sini semalam.

Setakat dimaklumkan, ahli PAS itu memerlukan RM15,000 di mana pendahuluan tunai separuh dari jumlah itu mesti dijelaskan segera kepada pihak hospital dan hasil sumbangan orang ramai, RM7,500 telah berjaya diserahkan.

Pertemuan khas dengan keluarga Abu Hassan itu dan penyerahan sumbangan awal tersebut dilakukan sendiri Pengerusi LKK Muslimat PAS Malaysia, Dr ‘Uyun Abd Malek diiringi Pegawai Kewangan LKK, Norina Abdul Gafor.

Skuad Prihatin dimaklumkan, pembedahan Robotics Assisted Radical Prostatectomy itu akan dijalankan segera dalam masa terdekat dan Norhayati turut menyampaikan penghargaan kepada penyumbang.

Bagi yang ingin terus berkongsi kasih sayang dialukan menyumbang ke akan Maybank 5640 2540 0711 atas nama DMPP dengan nota ‘AbuHassan’ dan bukti transaksi dimaklumkan ke Dr ‘Uyun di talian 019-357 7502. – HARAKAHDAILY 15/6/2020