Ulamak tak boleh ikut, kalau bukan ulamak?

SAYA teringat masa belajar kat pondok dulu. Satu hari saya bertemu seorang abang di Masjid Muhammadi KB. Kami sama-sama singgah Solat Zohor. Lepas solat baring-baring kejap kat belakang ambil angin. Sambil itu kami berbual bertanya khabar. Di akhir perbualan beliau tanya saya:

Advertisement

Beliau: Adik belajar kat mana?

Saya: Belajar kat Pondok Pasir Tumboh…

Beliau: Ooo… bagus…

Saya: (Senyum saja laa…).

Beliau: Tapi ada satu kesilapan cara kita belajar sekarang.

Saya: Silap kenapa itu Abe..

Beliau: Silapnya ialah kita banyak pegang ke ulamak. Patutnya cukup kita pegang Quran dan Hadis jah… Ulamak bukan maksum.

Saya: Lepas itu kita nak pegang macam mana?… Tanya saya dengan sedikit rasa geram.

Beliau: Berpegang macam abang pegang sekarang. Iaitu mutlak pegang Quran dan Hadis. Abang tak pegang ulamak.

Saya: Semua orang abang ajak berpegang macam pegangan abang ke?

Beliau: Ya…

Saya: Ada orang ikut abang ke?

Beliau: Ramai… Orang dah mula sedar apa yang abang kata.

Saya: Ooo… Kata saya… Buat-buat terlopong. Tapi saya tak dapat ikut abang.

Beliau: Bakpo?… (Nampak sedikit terkejut).

Saya: Saya tak boleh ikut abang sebab abang ulamak. Tadi abang cakap tak perlu ikut ulamak.

Beliau: Eh… Abang bukan ulamak. Serupa orang ramai-ramai jah.

Saya: Ooo… Kalau ulamak pun kita tak boleh ikut. Maka kalau bukan ulamak lagi la tak boleh ikut. Ke guano abe… Sambil saya pandang tepat ke wajah beliau.

Beliau terkebil-kebil kejap dan kemudian bangun berjalan keluar masjid. Saya tidak tahu apa ada dalam benak beliau.

Itulah alkisah 35 tahun yang lalu. Tiba-tiba hari ini ada lagi orang berkata tak perlu ikut ulamak.

USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 16/6/2020