PRK Chini: BN umum calon peneroka Felda

Mohd Shahrim Md Zain (tengah) sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan Mohd Shahrim Md Zain sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Pengumuman itu dibuat di Pejabat Umno Bahagian Pekan, Pahang hari ini yang turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan.

Advertisement

Mohd Shahrim merupakan peneroka Felda generasi kedua dan juga Ahli Jawatankuasa Umno
Bahagian Pekan, malah pernah berganding bahu dengan penyandang DUN itu, almarhum Dato’ Seri Abu Bakar Harun.

Lantikan beliau sebagai calon BN untuk PRK N23 Chini itu susulan kematian Abu Bakar akibat serangan jantung pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur.

PRK DUN Chini dijadualkan pada 4 Julai dengan 20 Jun ini sebagai hari penamaan calon, manakala hari pengundian awal pada 30 Jun.

Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini pada Pilihan Raya Umum lalu dengan majoriti
4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi berjaya menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan Mohamad Razali Ithnain daripada PKR (1,065).- HARAKAHDAILY 18/6/2020