Buat jahat jangan sekali

SEWAKTU Presiden-presiden PAS tolong dia, kerah semua ahli pertahan maruah dia, bermandi air asid, kena bedal, dipenjara, berkejaran dengan FRU, Presiden PAS juga tulis buku, ikut Fiqh Islam, bantu dia.

Tak cukup dengan tu, dia juga guna pentas PAS, guna tenaga PAS, guna duit PAS, guna semua benda yang boleh dia guna dari PAS. PAS tidak berkira, mengambil prinsip, kawan, wajib kita tolong. Sehinggakan ada ahli PAS memuja dia melebihi pimpinan PAS.

Akhirnya, dia hina balik Presiden PAS. Bukan dia sahaja, rakan-rakan dia sama, bangkit hal itu, ini sedangkan ada duit deposit orang dia bertanding guna duit PAS pun masih tak dibayar semula. Sebab apa? Sebab Presiden PAS tak boleh bagi jaminan dia akan menjadi Perdana Menteri (PM).

Advertisement

Lalu dia berpaling kepada orang yang menjanjikan bulan dan bintang untuk dia menjadi bakal PM iaitu melalui musuh lamanya. Ketika itu dia tinggalkan PAS, rakan puluhan tahun membantu dia, tetapi disakiti. Dia tak peduli, asal dia boleh jadi PM. Dia pula menuduh PAS tidak boleh dipercayai.

Sekarang dia berkelahi semula dengan musuhnya yang masih dianggap sebahagian dari gabungannya. Kerana apa? Kerana kebodohan dia mempercayai janji musuhnya. Dia marah kerana tidak boleh menjadi PM. Dan bila ada suara rakan bukan-Islamnya menyokong musuhnya, orangnya pun berkata, inikah balasan setelah 20 tahun berkawan?

Dia lupa apa balasan yang dia buat kepada PAS setelah puluhan tahun membantunya, malah semenjak tahun 70-an lagi sudah berkawan dengan dia, bersama atas nama perjuangan untuk rakyat. Atau dia rasa dia sahaja yang paling amanah, tidak berkhianat dalam berpolitik? Sejarah dengan jelas telah membuktikannya.

Begitulah kehidupan…

MOHD NASIR ABDULLAH
19 Jun 2020 – HARAKAHDAILY 19/6/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.