Cahaya Islam bakal menerangi Kyoto

ALHAMDULILLAH syiar Islam bakal menerangi Kyoto. Dalam tempoh dua minggu Muslim Care Malaysia Society telah berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM2.73 Juta dalam tempoh kurang dua minggu berjaya menyelamatkan Masjid Kyoto yang telah diusahakan awal oleh Komuniti Muslim setempat namun terbengkalai akibat keterbatasan dana.

Advertisement

Rakyat Malaysia, Singapura dan Brunei sangat pemurah dan berbesar hati dalam membantu dan memastikan Syiar Islam terus tersebar di bumi Matahari terbit ini.

‘Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku
telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu’ – Al Maidah 5

Semoga dengan sifat pemurah rakyat Malaysia khususnya membawa rahmat ke seluruh bumi matahari terbit dengan kewujudan Masjid di Kyoto.

Kewujudan Masjid ini sebagai suatu syiar yang InsyaAllah akan memberi cahaya keimanan dan menjadi asbab untuk umat di sekitarnya mendapat hidayah dan mengikis sikap Islamophobia dikalangan rakyat Jepun.

Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia, para asatizah dan juga selebriti-selebirti yang turut membantu kempen pengumpulan dana ini. – HARAKAHDAILY 19/6/2020