PRK Chini: JAM bantu jaga keselamatan

PEKAN: Jabatan Amal Malaysia (JAM) Pahang turut membantu pihak polis menjalankan tugas di Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Chini dengan kekuatan 30 anggota dikerahkan hari ini.

Advertisement

Menurut anggotanya, Mohd Idris Mohd Zain, mereka ditugaskan untuk membantu pihak polis di dua lokasi berbeza iaitu di lokasi penamaan calon, IKBN Pekan dan di Dewan JKK Taman Selasih.

Turut kelihatan berhadapan pintu masuk IKBN Pekan, Skuad Sabil dan petugas-petugas media selain anggota polis, polis trafik dan CID.

Setakat yang dimaklumkan, terdapat satu calon dari BN dan tiga calon bebas masuk ke dalam IKBN Pekan untuk menghantar borang penamaan calon.

BN telah mengumumkan calonnya, Mohd Sharim Md Zain, 41, yang merupakan Pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah Kuantan untuk mempertahankan DUN Chini yang merupakan kubu kuat BN.- HARAKAHDAILY 20/6/2020