Islam larang meminta jawatan pemimpin

ANTARA tuntutan utama dalam Islam adalah menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dan pengabaian terhadap tuntutan itu akan memberi implikasi besar.

Penyebab utama kepada kerosakan umat dahulu dan sekarang adalah akibat dari pengabaian manusia terhadap amanah yang diberi khususnya amanah kepemimpinan.

Advertisement

Larangan ini berdasarkan kepada Hadis Nabi S.A.W:

وعن أبي سعيدٍ عبدالرحمنِ بن سَمُرةَ قَالَ: قَالَ لي رَسُولُ اللَّه ﷺ: يَا عَبدَالرَّحمن بن سمُرَةَ، لا تَسْأَل الإمارَةَ؛ فَإنَّكَ إن أُعْطِيتَها عَن غَيْرِ مسأَلَةٍ أُعِنْتَ علَيها، وَإنْ أُعْطِيتَها عَن مسأَلةٍ وُكِلْتَ إلَيْها. متفقٌ عَلَيهِ.

“Daripada Abi Said Abd Rahmah bin Samurah katanya: Baginda Nabi S.A.W telah menasihatiku dengan berkata: Wahai Abd Rahman bin Samurah, jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikan jawatan dengan sebab permintaan maka engkau akan ditinggalkan dan tidak akan dibantu oleh Allah dan jika engkau diberikan jawatan tanpa permintaan maka engkau akan dibantu dan mendapat pertolongan Allah dalam memimpin.”

Hadis ini menerangkan mengenai larangan meminta-minta jawatan atau berebut nak jadi pemimpin kerana tidak diberkati oleh Allah.

Meminta jawatan atau berebut nak jadi pemimpin, dianggap cara yang tidak bermoral. Jika ia berlaku, maka jangan bagi jawatan tersebut kepada mereka yang memintanya. Inilah yang diajar oleh Nabi S.A.W:

إنا والله لا نولِّي هذا العمل أحداً سأله، أو أحداً حرص عليه. متفق عليه .

“Sesungguhnya demi Allah kami tidak akan memberi jawatan pemimpin kepada seorang yang memintanya atau terlalu berkeinginan memegangnya.”

Negara kita sedang berdepan dengan dua individu yang sedang melobi diri sendiri dan berusaha untuk menjadikan diri mereka sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia.

Berdasarkan Hadis Nabi di atas. Kedua-duanya tidak layak dan tidak boleh diberikan jawatan PM oleh rakyat Malaysia.

USTAZ HAJI SHAHRIL AZMAN ABD HALIM AL HAFIZ – HARAKAHDAILY 21/6/2020