Tinggalkan perjuangan yang sia-sia

KEPUTUSAN DAP dan PAN menyokong Tun sebagai calon bakal Perdana Menteri (PM) membelakangkan Anwar selaku Pengerusi PH dan Presiden PKR adalah satu tamparan hebat buat PKR.

Ia menandakan tiada semangat setia kawan dalam PH dan kelihatan DAP dan PAN bersekongkol mempertikaikan kelayakan Anwar demi agenda politik mereka.

Lantas kepada rakan-rakan sama ada MP, ADUN mahupun ahli biasa dalam PKR fikirkanlah perkembangan ini semasak-masaknya.

Advertisement

Bagi mereka yang masih punya semangat Melayu Islam dan cintakan negara ayuhlah kita mengambil sikap baru menentukan hala tuju perjuangan yang baru.

Politik semasa menuntut kita memperkukuhkan kekuatan politik ummah dan berjuang memartabatkan agama, bangsa dan negara.

Marilah bersama Perikatan Nasional (PN) kita bina bersama negara tercinta. Tinggalkan mereka yang berpolitik lantaran agenda dan perjuangan peribadi.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 21/6/2020