Peratus sembuh Covid-19 makin tinggi

KUALA LUMPUR: Sebanyak 21 kes sudah sembuh jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,177 atau 95.23 peratus daripada keseluruhan kes.

Advertisement

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 15 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,587 keseluruhan kes. 

“Daripada 15 kes tersebut, dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala 13 kes merupakan penularan tempatan yang melibatkan kesemuanya adalah dikalangan bukan warganegara,” katanya pada sidang media hari ini.

Demikian itu, menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 289 kes.

Hingga kini, ada dua kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)dengan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut Noor Hisham, tiada kematian baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi, ini bermakna jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal 121 atau 1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan.- HARAKAHDAILY 22/6/2020