MADI sedia terima pelajar esok

KANGAR: Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiah (MADI), Jejawi Dalam, Arau bersedia menerima kehadiran pelajar tingkatan lima esok.

Mudir MADI Burhanuddin L Abdulah berkata, pihak sekolah sentiasa berusaha mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Advertisement

Kata beliau pihaknya menyambut baik usaha dan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan SOP dipatuhi.

Antaranya pembelajaran dalam kelas, susun atur di asrama, interaksi di antara guru dan murid termasuk waktu rehat dan belajar.

“Kita mempunyai 32 pelajar tingkatan lima yang mana kesemuanya dikehendaki menginap di asrama.

“Seorang pelajar dari Thailand akan dikecualikan kerana pintu sempadan masih belum dibuka,” katanya ketika ditemui selepas program gotong royong di MADI semalam.- HARAKAHDAILY 23/6/2020