AMAL Lumut bantu misi budak hilang

LUMUT: Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Kawasan Lumut turut mengerah anggotanya untuk menyertai misi mencari budak hilang di FELCRA Gugusan Lekir, di sini lewat malam kelmarin.

Advertisement

Komander AMAL Lumut, Muazam Hafiz Osman berkata, pencarian budak hilang pada pukul 10:00 malam itu setelah mendapat maklumat daripada keluarga mangsa yang membuat laporan.

Difahamkan, mangsa bernama Zalita Abdullah, 10 tahun disedari ahli keluarga tiada di rumah pada waktu Mahgrib dan gerakan mencarinya dilancarkan sejurus laporan dibuat pihak keluarga.

Bersama Unit Rondaan Balai Polis Sitiawan, agensi kerajaan, generasi kedua FELCRA dan penduduk kampung, AMAL dengan kekuatan 10 anggota memulakan pencarian selepas Isyak.

Turut bersama dalam misi mencari ini adalah Ahli Majlis Perbandaran Manjung, Hamidun Ahmad di mana Zalita berjaya ditemui dalam keadaan selamat jam 4 pagi itu. – HARAKAHDAILY 29/6/2020