Mengapa DAP tidak nama calon PMnya?

NAMANYA YB Tengku Zulpuri bin Raja Puji. Beliau adalah Ahli Parlimen Raub dan merupakan satu-satunya Ahli Parlimen DAP berketurunan Melayu. Beliau menang dalam PRU lalu dengan majoriti 3,159 undi mengalahkan calon BN-MCA dan calon PAS.

Tengku Zul adalah Naib Pengerusi DAP. Dalam Pakatan Harapan (PH) DAP merupakan rakan terbesar iaitu memiliki 42 kerusi termasuk Parlimen Raub.

Selama ini DAP menjaja ia bukan parti rasis ia parti berbilang kaum walaupun kebanyakan pimpinannya bukan-Melayu dan dari keturunan Cina.

Lantas dalam keghairahan PH dan PHPlus mengemukakan calon bakal Perdana Menteri (PM) konon-kononnya untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengapa tiada calon dari DAP?

Advertisement

Demokrasi apakah ini jika parti terbesar tidak menguasainya sebaliknya Tun yang tidak berparti dan cuma ada 5 kerusi Parlimen dalam tangan boleh menentukan Shafiee Apdal dari parti WARISAN yang cuma ada 9 kerusi sebagai calon PM.

Mengapa DAP tidak kemuka calon? Mengapa Tengku Zul tidak dicalonkan? Muslihat apakah yang mahu dimainkan DAP? Ternyata DAP tidak yakin pada ketokohan dan kemampuan Tengku Zul walaupun beliau Naib Pengerusi parti. Apakah jika Tengku Zul naik sebagai PM maka rosak agenda politik DAP?

Terbukti DAP parti rasis dan cuma menggunakan tokoh dan nama Melayu bila ia perlu. Selayaknya Tengku Zul tinggalkan sahaja parti yang tidak adil dan memilih bulu ini. Saya percaya PN bersedia menerima Tengku Zul.

Untuk rekod dalam PRU lalu Tengku Zul menang dengan memperolehi 20,659 undi. BN dapat 17,500 undi manakala PAS 7,866.

Jika dalam PRU15 nanti PN kemuka 1 calon bermakna ia mampu meraih kombinasi undi BN dan PAS yang berjumlah 25,366. Jika DAP kekal dengan undi yang ada bermakna PN boleh merampas Parlimen Raub dengan kelebihan 4,707 undi.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 30/6/2020