Exco harap pasar malam boleh dibuka

KOTA BHARU: Kerajaan negeri mencadangkan penjarakan antara gerai di pasar malam dapat dikurangkan supaya lebih ramai peniaga dapat menjalankan perniagaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Dr Izani Husin bagaimanapun berkata, prosedur penjarakan sosial antara gerai ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) lapan kaki.

Advertisement

“Hari ini saya minta dengan MKN supaya jarak dikurangkan. Jadi saya akan panggil semua pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi merangka SOP untuk dikemukakan kepada MKN.

“Kita harap minggu depan semua pasar malam boleh beroperasi seperti biasa,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri di Bilik Gerakan Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Semua operasi pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam dan bazaria di seluruh negara dibenarkan dibuka semula sejak 15 Jun lepas dengan SOP yang ketat.- HARAKAHDAILY 2/7/2020