Pengkhianat negara mesti dilucutkan kerakyatan

ITU sahaja tindakan yang akan mengajarnya dan memastikan insiden ini tidak berulang lagi. Mengenali Ultra Kiasu ini sekian lama, jika kerajaan terus berlembut, percayalah, pasti akan berulang lagi, malah lebih teruk.

Apa jua alasan diberikan pengkhianatan dan penghinaan oleh Ultra Kiasu ini, terhadap Jata Negara tidak boleh dibiarkan. Tindakan mesti dikenakan terhadap penerbit, editor, penulis dan tidak ketinggalan pencetak. Semua yang terlibat, sudah terkenal dengan sifat Ultra Kiasu mereka, sejak mula mereka menulis dalam beberapa laman web Ultra Kiasu.

Saya tidak boleh bayangkan semua Ultra Kiasu ini, setelah bergenerasi tinggal di bumi bertuah, menghirup udara dan mengaut segala keuntungan hasil masyhul negara ini, sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini. Jika di negara Komunis sudah lama, mereka ini hilang entah ke mana.

Advertisement

Tindakan tegas mesti dikenakan. Paling kurang, mereka ini patut dilucutkan kewarganegaraannya dan tidak layak tinggal di bumi bertuah ini. Percayalah, jika tindakan keras tidak dikenakan, pasti ia akan berulang lagi

Apa jua alasan yang diberikan, untuk menidakkan kaitan dengan Jata Negara, langsung tidak boleh diterima, kerana ia memang sengaja dilakukan.

Perbuatan sengaja ini lebih hina daripada menterbalikkan bendera, mewarna hitamkan bendera, mengubah bintang bendera kepada lima bucu dan banyak lagi tindakan Ultra Kiasu yang boleh dibuktikan satu persatu kejahatan yang dilakukan terhadap negara.

Membela dan menyimpan Ultra Kiasu ini, termasuk parti politik mereka ibarat menyimpan pengkhianat yang sentiasa akan mencari peluang untuk membocorkan segala kelemahan negara kepada musuh-musuh

Justeru, kerajaan mesti bertindak tegas, tanpa perlu ada belas kasihan lagi. ISA, di manakah kamu? Jika kamu masih ada, pasti sudah disumbat Ultra Kiasu ini dalam penjara, tanpa bicara lagi.

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH – HARAKAHDAILY 2/7/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.