KSM ketengah cara terbaik aktifkan kembali ekonomi

SAYA turut serta dalam International Labour Organization (ILO) Global Summit on COVID-19 and The World of Work (Asia Pacific Regional Event) yang diadakan secara maya bersama Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan di Putrajaya di sini semalam.

Sidang itu dipengerusikan oleh Sarwat Adnan daripada UNDCO melibatkan wakil daripada Sri Lanka, Korea Selatan dan Jepun itu berlangsung kira-kira satu jam.

Pada sidang tersebut, perkara yang dibincangkan adalah berkisar mengenai pendekatan yang diambil pihak terlibat sebagai persediaan pasca COVID-19 khususnya dalam rantau Asia Pasifik.

Advertisement

Saya positif dengan perkembangan ini apabila semua pihak mengetengahkan cara terbaik untuk mengaktifkan kembali ekonomi negara dalam pada masa sama, menggunapakai pendekatan norma baharu dalam semua aktiviti terutama dalam sumber manusia.

Saya doakan kita semua diberikan kekuatan dalam menghadapi pandemik ini. Saya seru agar kita semua kuatkan semangat dan ubah tanggapan kita dengan mengambil input positif dalam setiap pengalaman yang kita dapat.

Insya-Allah kita dapat mengharungi dugaan ini bersama, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Ingat selalu, anda semua di hati saya.

YB HAJI AWANG HASHIM
Timbalan Menteri Sumber Manusia – HARAKAHDAILY 3/7/2020