Tukar Speaker: DAP jangan ‘double standard’

JAWATANKUASA Pusat DAP memutuskan mahu Tan Sri Ariff dan Nga Kor Ming kekal sebagai Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Sebelum itu menurut laporan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengemukakan Usul untuk menggantikan kedua mereka. Usul berkenaan dijangka diputuskan dalam persidangan Dewan Rakyat 13 Julai ini. DAP boleh ambil sahaja sikap itu hak mereka.

Advertisement

Tetapi jangan terlalu ghairah sehingga lupa Speaker dan Timbalan Speaker di negeri-negeri yang mereka kuasai semuanya penyokong mereka belaka. Mengapa tidak lantik wakil pembangkang sebagai Speaker di Pulau Pinang atau Selangor?

Ariff walaupun tidak aktif tetapi adalah ahli parti pembangkang dan semasa dalam PAS dulu pernah bertanding dalam PRU demikian juga Nga yang juga MP DAP Teluk Intan. Itulah DAP yang sering ‘double standard’.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 3/7/2020