AKSB sedia tangki statik di lokasi gangguan air

KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) akan menyediakan bekalan air terawat melalui penghantaran ke tangki-tangki statik di kawasan yang mengalami gangguan bekalan air.

Unit Komunikasi Korporat AKSB memberitahu gangguan itu disebabkan pihaknya akan melakukan kerja-kerja kecemasan pembaikian sistem chemiless di Loji Rawatan Air Kampung Chap.

Katanya kerja-kerja penyelenggaraan itu menyebabkan gangguan terhadap kualiti dan kuantiti air terawat yang dibekalkan.

Advertisement

“Penyelenggaraan itu akan dilakukan pada 13 hingga 17 Julai ini bakal memberi kesan pengurangan air terawat dari 10 juta liter hari (JLH) kepada 5 JLH,” katanya pada kenyataan di sini hari ini.

Manakala pada 18 hingga 22 Julai pula akan berlaku penutupan terus loji tersebut bagi operasi pencucian jajaran paip dan tangki air bersih.

Kawasan yang terlibat dengan gangguan tersebut iaitu Bandar Bachok, Kampung Nipah, Kg Kemudi, Pantai Baru sampai ke Simpang 3 Melawi, Kg Tok Burung, Pantai Damat, Kubang Kawah, Perupok, Kg Kubang Golok, Kg Balai sampai ke Pintu Gerbang.

Selain itu Kg Sungai, Pengkalan Baru, Beris Kubor Besar, Kg Bawah Lembah hingga ke Jambatan Mentera, Kg Takang, Kg Tanjong, Kg Gajah Mati, Kg Cherang Laut, Kemayang sampai Pengkalan Datu, Pantai Irama, Kg Penghulu Kob, Tanjung Jenera, Seri Sentosa, Kg Mengabang, Tawang, Kemasin, Senok.

Turut terlibat pengguna di Kg Tok Belian, Kg Wakaf Zain, Kg Wakaf Wanik, Kg Teluk Kemunting, Kg Pauh Sembilan, Kg Tok Pakeh, Taman Ku Bongsu, Kg Tanjung, Kg Aur Bekelam, Changgong, Badak Mati, Pengkalan Tok Kassim, Padang Bual, Perumahan Beris, Beris Pak Pura, Wakai Aik dan kawasan sekitarnya.

Menurut Unit Komunikasi Korporat AKSB lebih kurang 6,025 akaun pengguna yang terlibat dengan gangguan bekalan air tersebut.

“AKSB berharap agar sepanjang tempoh operasi pembaikian Loji Rawatan Air Kg Chap pengguna bersabar dan cuba mencari alternatif lain bagi mendapatkan bekalan air terawat,” ujarnya.- HARAKAHDAILY 6/7/2020