Al Jazeera patut ambil sumber sahih – Senator Nuridah

KUALA LUMPUR: Laporan media antarabangsa, Al-Jazeera dikecam teruk oleh rakyat Malaysia khususnya susulan laporan dokumentarinya di YouTube bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap usaha negara ini dalam mengawal penularan Covid-19 melibatkan warga asing.

Video laporan berdurasi hampir 26 minit itu jelas menunjukkan kebiadaban dan kebodohan media tersebut dalam menyampaikan maklumat dan informasi kepada orang awam tanpa menyelidiki sumber yang jelas dan sahih.

Advertisement

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, Al-Jazeera seharusnya mengambil berita daripada sumber yang sahih melainkan mereka mempunyai agenda yang tersirat untuk memburukkan imej Malaysia di mata dunia.

Katanya, Al-Jazeera seharusnya profesional dalam mendapat dan menyiarkan berita sebelum didedahkan kepada umum.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa Al-Jazeera memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana menyiarkan sebuah dokumentari yang mengelirukan, tidak berasas dan membuta-tuli.

Tegasnya, Al-Jazeera perlu menghentikan siaran dokumentari itu kerana ia tidak bersandarkan fakta yang tepat dan dilaporkan secara tidak beretika.- HARAKAHDAILY 8/7/2020