Covid-19: Tiada kes penularan dalam negara

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan tiada penularan kes baharu Covid-19 dalam negara dilaporakan hari ini.

Advertisement

Sebanyak lima kes sudah sembuh dari jangkitan Covid-19 dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,486 atau 97.8 daripada keseluruhan kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak tiga kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,677 keseluruhan kes.

“Ketiga-tiga kes baharu dilaporkan merupakan kes import dalam kalangan warganegara Malaysia yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Tiada kes penularan dalam negara dilaporkan,” katanya pada sidang media, di Putrajaya hari ini.

Jelas beliau, kesemua kes baharu melibatkan warganegara Malaysia yang masing-masing baru pulang dari Sudan, Mexico dan Arab Saudi.

Demikian itu katanya, menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 70 kes.

Hingga kini tambah beliau, terdapat dua kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut Noor Hisham, tiada kematian baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi, ini bermakna jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal 121 atau 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan.- HARAKAHDAILY 8/7/2020