Pejuang pelampau feminis tidak martabatkan wanita

PERJUANGAN pelampau feminis tak semuanya salah tetapi umpama kita ingat minum ubat boleh sembuh tetapi penyakit bertambah kerana ubat telah dicampur dengan racun. Itulah pelampau feminis.

Slogan mereka cantik menarik da boom sehingga ramai tertarik. Perjuangkan hak wanita, keadilan untuk wanita dan sebagainya tetapi mereka tidak sedar Islam terlebih awal mengajar martabat wanita dan oleh itu dari 5 orang yang memeluk Islam di UK, 4 daripadanya adalah wanita!

Advertisement

Pelampau feminis mahu membogelkan wanita dan merendahkan semua martabat wanita setelah dimuliakan oleh Allah S.W.T?

Hanya kerana mereka sendiri mempunyai pengalaman buruk dengan lelaki atau mengendalikan kes lelaki yang teruk maka dipukul rata semuanya teruk sebagaimana ada juga kes perempuan yang teruk tidaklah menjadikan semua perempuan teruk!

Pelondehan agenda pelampau feminis dan jarum halus mereka akan kami teruskan walaupun menerima sedikit tentangan dari Muslim sendiri. Jangan beremosi dengan baca dengan tenang dan rasional serta objektif. Semoga Allah kurniakan hidayah buat kita semua. Allahuma Ameen.

FIRDAUS WONG WAI HUNG 
Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) – HARAKAHDAILY 9/7/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.