PAN berhadapan masa depan kelam

MENURUT edisi Inggeris Malaysiakini Presiden PAN dilaporkan bersedia berkerjasama dengan mana-mana pihak yang menentang Perikatan Nasional (PN).

Ternyata Mohd Sabu sudah terpelanting keluar dari arus perdana politik negara apabila Kerajaan PH hilang kuasa. Beliau tidak mampu fokus dan keutamaannya makin celaru.

Terkini menurut satu kajian sebuah badan bebas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima sokongan padu rakyat Malaysia. Bermakna api kegemilangan PH sewaktu PRU14 dahulu sudah padam dan tiada lagi kehangatan. Rakyat sudah tinggalkan PH.

Advertisement

Mengikut kajian itu populariti semasa Muhyiddin di kalangan rakyat adalah:

Melayu 91 peratus.
Cina 25 peratus.
India 65 peratus.

Kedudukan ini mengatasi pencapaian Perdana Menteri (PM) PH semasa 22 bulan pemerintahan mereka.

PAN kata Presidennya mahu tentang PN bermakna Mohd Sabu mahu merempuh dan melanggar lonjakan populariti PN yang mengikut kajian itu juga sedang menerima sokongan rakyat:

Melayu 84 peratus.
Cina 13 peratus.
India 39 peratus.

Ini berbanding PH yang cuma terima sokongan:

Melayu 18 peratus.
Cina 44 peratus.
India 28 peratus.

PAN sendiri terus menjadi terompah kayu DAP. Mengikut laporan seluruh kekuatan mereka di Labuan telah lumpuh manakala di Selangor ada sekurang-kurang 2 ADUN dikhabarkan mula gelisah dan mahu bertukar arah.

SPRM pula baru sahaja menggeledah Ibu pejabat PAN kerana menyiasat kes rasuah. Masa depan PAN semakin kelam dan jika itulah pendirian Presidennya maka PAN kini sedang menghitung hari untuk ditalqinkan.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 11/7/2020