PAS Lumut ziarah komuniti India

LUMUT: PAS Kawasan Lumut telah menyantuni komuniti masyarakat India yang merupakan keluarga para pekerja pertanian dan mendiami di Ladang Sungai Wangi, Sitiawan di sini kelmarin.

Advertisement

Perjumpaan ini merupakan anjuran Lajnah Perpaduan Nasional PAS Negeri Perak dengan kerjasama PAS Kawasan Lumut dan telah diadakan di Dewan Orang Ramai Thiruvalluvar Sungai Wangi.

Perjumpaan ini telah digerakkan oleh Ketua Komuniti Kaum India, Maniraja Kuppusamu dan dihadiri Yang DiPertua PAS Lumut, Rosli Abd Rahman bersama pimpinan PAS Lumut yang lainnya.

“Kita harus mewujudkan suasana harmoni di kalangan rakyat tanpa mengira latarbelakang keturunan dan agama.

“Ini membuktikan bahawa PAS tidak mendiskrimisasi kaum India di Kawasan Lumut. Saya berharap lawatan dan kerjasama seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang,” Maniraja.

Turut hadir bersama dalam program ini, Ahli Jawatankuasa Lajnah Perpaduan Nasional Perak, Mohamed Nazeer MKM Hameed dan sempat memberikan ucapan di dalam Bahasa Tamil kepada hadirin.

“Marilah kaum India memberikan sokongan kepada PAS untuk mendapatkan keadilan membela mereka kerana parti PAS berteraskan Islam menjamin keadilan kepada semua,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/7/2020