PAS Tambun ziarah penghidap kanser mata

TAMBUN: Yang DiPertua PAS Kawasan Tambun, Ustaz Md Salleh Said telah menziarahi keluarga Normazlan Abd Kadir, 38 yang ditimpa ujian berat apabila anak dan isterinya sedang menanggung masalah kesihatan dan memerlukan perhatian.

Advertisement

Anaknya, Muhammad Nor Irfan, 4, menghidap kanser mata dan memerlukan rawatan secara berkala di Hospital Kuala Lumpur, manakala isteri beliau, Rosmawati Abd Latif, 38, pula terlantar sakit sejak terlibat dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Menurut maklumat dikongsi Ketua Muslimat PAS Cawangan Medan Klebang Prima, Asyhariza Ahmad Skahri, kanser dialami Irfan sejak dua tahun lalu ini berpunca daripada objek yang pernah tertusuk di mata beliau.

“Keluarga (kanak-kanak) ini merupakan antara penerima tetap bantuan makanan asas yang diusahakan PAS Zon Klebang (di) bawah Cawangan Medan Klebang Prima. Insya-Allah PAS Klebang Prima akan sentiasa peka kebajikan penduduk (yang) memerlukan seperti ini.

“Pada 20 Jun lalu, kami mendapat khabar bahawa emak beliau terlibat dalam kemalangan. Jadi pimpinan tertinggi PAS Kawasan Tambun dan Penyelia Pusat Khidmat PAS DUN Manjoi, Ustaz Hafez Sabri semalam, telsh hadir memberi sokongan buat mereka,” jelas beliau.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan buat keluarga ini boleh menghubungi Normazlan di talian 018-5702078 atau Setiausaha PAS Medan Klebang Prima, Mohamad Sapari Mohamed Saberi (019-9285338).

Terdahulu, Ustaz Salleh yang juga merupakan Penyelia Pusat Khidmat DUN Hulu Kinta dengan kerjasama PAS Cawangan Tanjung Rambutan, telah menyantuni masyarakat setempat bermula dari Kampung Bakar Bata sehingga ke Kampung Kolam, kelmarin.

Alhamdulillah keluarga asnaf telah (kita) santuni kali ini. Insya-Allah kita akan usahakan dari semasa ke semasa. Kita juga berharap agar (usaha) sumbangan ini adalah daripada semua pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan juga individu serta pertubuhan yang lain,” ujarnya.

Turut hadir dalam program tersebut adalah Setiausaha Penyelaras Dun Hulu Kinta, Eddy Noor Abdul Manan, wakil Jabatan Amal Tambun, Norahim Zakaria serta kepimpinan PAS Tanjung Rambutan. – HARAKAHDAILY 12/7/2020