Edaran ‘face mask’ kepada kaum Cina dan India

GOMBAK: Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Kawasan Gombak telah mengadakan program edaran pelitup muka secara percuma kepada masyarakat bukan-Islam di sekitar DUN Gombak Setia, Sungai Tua dan Hulu Kelang.

Advertisement

Dalam program ini juga, LPN juga menjalankan kaji selidik berkaitan kecenderungan pilihan di antara Kerajaan Perikatan Nasional dan Kerajaan Pakatan Harapan dalam kalangan masyarakat Cina dan India, di sini kelmarin.

Hasil daripada kaji selidik yang dijalankan ini mendapati bahawa peratusan sokongan masyarakat Cina dan India terhadap Perikatan Nasional semakin menigkat serta menunjukkan peralihan sokongan semasa.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Gombak, Dr Firdaus Azim mengharapkan seluruh ahli PAS terus memberi sokongan kepada program-program yang melibatkan masyarakat bukan-Melayu dan bukan-Islam secara konsisten.

“Ahli PAS perlu jelas akan teras dakwah sebagai salah satu tonggak parti. Maka dengan itu aktiviti menyantuni rakyat tanpa mengira kaum mahupun agama adalah penting. Selangor mempunyai komposisi kaum dan agama yang agak setara dengan Malaysia.

“Maka fokus kepada kerja-kerja kebajikan rakyat seluruhnya perlu diberi perhatian apatah lagi dalam situasi di mana PAS sudah menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 13/7/2020