Parlimen panas, PM bidas Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai isu pembentangan segera (melalui sidang khas) di Dewan Rakyat Pakej Prihatin ketika Covid-19 melanda negara.

Advertisement

“Kita tidak boleh menunggu sidang Parlimen ini kerana di luar sana rakyat menunggu, kita perlu beri bantuan segera kepada rakyat,” katanya disambut tepukan Ahli Dewan Rakyat.

Permulaan sidang pagi ini panas dengan soalan mengenai sidang khas Parlimen yang digesa pembangkang untuk membincangkan mengenai pakej-pakej yang diumumkan kerajaan.

Bagaimanapun Muhyiddin menyatakan ketegasan kerajaan tidak mengadakan sidang segera kerana mereka perlu memberi keutamaan kepada bantuan tersebut.

Adapun perincian mengenai perbelajaan yang telah diumumkan katanya akan dibentang oleh Menteri Kewangan dalam sidang kali ini.

Sidang sedang berlangsung dengan dijangka ketika usul pertukaran Speaker Dewan Rakyat yang akan dibawa PM bakal dibahaskan lebih panas. – HARAKAHDAILY 13/7/2020