PAS-Umno Bangi perkukuh kerjasama penerangan

BANGI: PAS Kawasan dan Umno Bahagian bagi Parlimen Bangi telah melakar sejarah apabila mengadakan kerjasama antara Lajnah Penerangan dan Biro Penerangan kedua-dua parti ini dalam satu mesyuarat di Pejabat PAS Bangi, di sini kelmarin dahulu.

Advertisement

Mesyuarat sulung kedua pihak ini diadakan dalam rangka menyusun agenda penerangan dan media baharu kedua pihak merangkumi ketiga-tiga DUN dalam Parimen Bangi iaitu Sungai Ramal, Kajang dan Balakong.

Kerjasama ini adalah manifestasi permuafakatan yang semakin kukuh PAS-Umno termasuk di peringkat unit jawatankuasa setelah didahului pertemuan pimpinan peringkat Parlimen dan sebelumnya termeterai Piagam Muafakat Nasional tahun lalu.

Pertemuan yang merancang pelbagai kegiatan untuk masa terdekat dan seterusnya PRU15 akan datang ini telah dihadiri Ahli-ahli Jawatankuasa Penerangan termasuk sayap-sayap bagi kedua belah pihak parti.

Gerak kerja penerangan dan media baharu secara bersama ini dilihat bukan sahaja bakal memperkukuhkan hubungan PAS-Umno Bangi, tetapi juga menyumbang maklumat kedua parti dan masyarakat pelbagai kaum di sini. – HARAKAHDAILY 13/7/2020