Semarak Hijau PAS Bangi ‘menyentuh’ warganya

BANGI: PAS Kawasan Bangi telah mengadakan program Semarak Hijau menyantuni warga setempat terutama golongan memerlukan, selain meluaskan agenda memasyarakatkan PAS kepada penduduk pelbagai kaum.

Advertisement

Aktiviti rutin ziarah ini dipimpin sendiri Yang DiPertua dan Timbalan Yang DiPertua PAS Bangi, Ustaz Mohd Shafie Ngah dan Ustaz Nushi Dato’ Mahfodz serta Ketua Wanita Dewan Himpunan Pendukung PAS Bangi, Sathia Bama.

Kebanyakan dikunjungi adalah warga emas dan mereka yang sakit, juga kaum India di mana ramai diziarahi itu masih menganggap Ustaz Shafie sebagai wakil rakyat dan begitu terharu menerima kehadirannya.

Sathia sendiri teruja menceritakan reaksi diterima pihak rombongan PAS dari kunjungan tersebut menjadikan lawatan ini turut berbaur emosi dan perasaan yang disifatkannya satu hubungan mesra dengan pihak diziarahi.

Pengarah Semarak Hijau, Muhammad Afiq Mhd Khazar memaklumkan, sempena program ini juga pihaknya menerima 20 permohonan keahlian baharu yang menjadi antara kayu ukur kejayaan aktiviti itu.

Beliau juga percaya reaksi positif masyarakat setempat terhadap PAS mewujudkan perkembangan memberangsangkan untuk PAS memenangi DUN Sungai Ramal pada PRU15 nanti. – HARAKAHDAILY 13/7/2020