PR PBT: Jangan tunduk kepada ultra kiasu

KEKALKAN sistem PBT yang sedia ada, jika PN tidak mahu ditolak oleh rakyat.

Jangan hirau desakan ultra kiasu untuk adakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. Keadaan yang ada pada hari ini sudah berjalan dengan baik.

Jika pilihan raya PBT diadakan, pasti ultra kiasu akan menguasai bandar secara total berganding bahu dengan wakil rakyat mereka yang menguasai keseluruhan bandar.

Advertisement

Jika perancangan licik ini berjaya, bandaraya yang mereka kuasai akan menjadi pesta sarang maksiat, kerana inilah bisnes yang paling menguntungkan.

Ultra kiasu mendakwa mereka telah memperjuangkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dan demokrasi tempatan selama berdekad.

Tak payah cakap pun semua orang sudah tahu, kenapa dan mengapa ultra kiasu mahukan pilihan raya PBT diadakan. Mereka akan menguasai pusat-pusat bandar. Percayalah, bandaraya akan menjadi pesta maksiat yang akan mengundang murka Allah.

Ultra kiasu akan menjadi semakin kaya, manakala orang Melayu (Islam) akan terus menjadi mangsa kemaksiatan dan mangsa dadah.

Rujuk artikel saya di sini. Facebook saya: https://www.facebook.com/ridhuantee/posts/2597759043648496

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH – HARAKAHDAILY 15/7/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.