Premis makanan gagal patuh SOP punca jangkitan

KUALA LUMPUR: Ekoran kebenaran bufet dibuka di restoran, kafe serta kopi house hotel, kerajaan mendapati banyak kes jangkitan Covid-19 berlaku disebabkan tidak mematuhi peraturan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau memaklumkan terdapat dua peraturan baharu yang perlu dipatuhi dalam penyediaan makanan secara bufet.

Advertisement

“Pertamanya mesti disajikan oleh pramusaji. Pramusaji yang meletakkan makanan di atas pinggan kerana kita tidak mahu senduk dipegang bergilir-gilir oleh ramai orang.

“Atau menyediakan sarung tangan plastik yang nipis biasa pun sudah cukup. Boleh dikatakan pakai buang. Setiap individu perlu memakai sarung tangan dan buang (selepas memakai),” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

Justeru itu, beliau berkata, semua pihak perlu mematuhi saranan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara sekalipun ketika berada di kantin.

“Ini merupakan SOP yang perlu dipatuhi. Jika tidak patuh kepada SOP, peraturan di bawah Akta 342 masih boleh digunakan.

“Mereka boleh dikenakan kompaun atau di hadapkan ke mahkamah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 16/7/2020