Tabung ‘Sriyya’ zahir komitmen menuju PRU15

DUNGUN: Tabung ‘Sriyya’ telah dilancarkan di peringkat Muslimat PAS DUN Bukit Besi dala, menzahirkan kesungguhan bagi menghadapi PRU15 pada majlis di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi, di sini semalam.

Advertisement

Ketua Muslimat PAS Bukit Besi, Zakiah Alias berkata ianya bagi membuktikan kepada PAS Negeri Terengganu bahawa Muslimat PAS Bukit Besi sentiasa bersungguh-sungguh malah bersedia untuk bertanding.

“Kerana kita sentiasa optimis serta telah merangka gerak kerja besar-besaran. Ini kerana kita telah melihat pertambahan ahli PAS yang sangat baik khususnya daripada muslimat PAS sendiri,” ujarnya.

Tabung ambil ilham daripada Muslimat PAS Kawasan Marang itu maklumnya, akan dibuka pada setiap empat bulan sekali di mana jumlahnya akan diumumkan di bilik gerakan

“Setelah melihat kebaikan yang banyak dari tabung berkenaan maka kita bawa ke DUN Bukit Besi,” ujarnya memaklumkan 68 tabung telah diserahkan kepada seluruh Muslimat PAS DUN berkenaan.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD), Ghazali Sulaiman pula berkata amat berbesar hati dengan usaha dilakukan tersebut.

“Walaupun bunyinya ‘sriyya’ (seringgit) tapi impaknya besar dan pastinya akan mengundang keberkatan. Semoga tiada dalam masa sehari kita tidak menderma, apatah lagi bagi memastikan kemenangan Islam,” tegas beliau. – HARAKAHDAILY 17/7/2020