Mengenang mendiang Yougan Mahalingam

PADA 15 Julai 2020, kita telah kehilangan seorang pejuang rakyat yang telah sekian lama perjuangan hak rakyat masyarakat setempat khususnya di seluruh negeri Perak. Pemergian saudara Yougan Mahalingam telah mengejutkan ramai.

Advertisement

Dalam usia yang begitu muda, saudara Yougan mempunyai pengalaman dalam kerjaya serta politik yang begitu luas. Keperibadianya juga amat disanjungi tinggi oleh kawan dan lawan dalam dan luar parti. Sifat rendah diri serta lembut dalam pertutur amat disegani oleh kenalan mendiang.

Saya sebagai sepupu mendiang, ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan penghargaan ke atas penghormatan terakhir yang telah dizahirkan ketika upacara tersebut pada 17 Julai 2020.

Kehadiran pemimpin-pemimpin PAS, YB Senator N. Balasubramaniam (Ketua DHPP PAS Pusat, Balendran (Ketua Pemuda DHPP Pusat), serta pemimpin dari negeri Selangor, Pahang, Perak juga membuktikan ketokohan saudara Yougan.

Menteri Besar Perak, Dato Seri Ahmad Faizal Azumu, EXCO-EXCO Kerajaan Negeri, Datuk Bandar Ipoh Dato’ Rumaizi Baharin bersama ahli-ahli Majlis Bandaraya ipoh, pemimpin-pemimpin tempatan serta masyarakat setempat juga telah memberikan penghormatan terakhir buat mendiang. Ini juga menjadi saksi bahawa pemergian mendiang merupakan satu kehilangan besar buat rakyat setempat.

Saya di sini amat terharu dengan kasih sayang pemimpin-pemimpin PAS serta pemimpin-pemimpin negeri. Ini selaras dengan nilai perpaduan dan kasih sayang yang diterapkan oleh mereka selama ini.

Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Unit Amal PAS, yang telah bertungkus lumus mengawal keadaan dan lalu lintas sejak beberapa hari lalu.

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih atas kasih sayang yang menyentuh hati kami sekeluarga. Semoga roh Saudara Yougan tenang di sana.

Nama: Yougan A/L Mahalingam
Umur: 33 Tahun

Sejarah Pendidikan:
1. SK La Salle, Ipoh.
2. SMK Seri Putera, Ipoh.
3. SMK St Micheal, Ipoh.
4. Masterskill University Of Health Sciences (Physiotherapy)

Kerjaya:
1. Yougan Health Care Services (Syarikat)
2. Majlis Sukan Negeri Perak (2010)
3. Pegawai Fisioterapi Pasukan Kriket Malaysia (2011 – 2013)
4. Pegawai Fisioterapi Pasukan Kriket Singapura (2014 – 2017)

Jawatan Politik:
1. Ahli PAS sejak 2008
2. Ketua Pemuda DHPP PAS Perak
3. EXCO Dewan Pemuda PAS Negeri
4. Ahli Majlis Bandaraya Ipoh 2020

Pengalaman Pilihan Raya:
1. Calon PAS PRU 14 Kerusi P.70 Kampar, Perak.

VASANTARAO APPALASAMY – HARAKAHDAILY 18/7/2020