Korea catat peningkatan kes HIV

SEOUL, Korea Selatan: Jumlah jangkitan HIV dalam kalangan remaja di Korea Selatan meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lapor agensi berita Yonhap.

Advertisement

Memetik laporan Persekutuan Pencegahan HIV atau AIDS Korea, seramai 469 pesakit baharu berusia 10-an dan 20-an dilaporkan pada 2019, berbanding 415 pada tahun sebelumnya.

Jumlah itu didapati terus meningkat sejak 2011 apabila 248 kes baharu membabitkan golongan remaja dilaporkan.

Tahun lalu, golongan berusia 20-an menyumbang jumlah tertinggi iaitu 38.3 peratus meningkat berbanding 34.4 peratus tahun sebelumnya.

Laporan itu mengatakan kerajaan perlu melaksanakan langkah pencegahan lebih aktif untuk mengurangkan jangkitan dalam kalangan anak muda, yang kini dilihat sebagai satu lagi masalah sosial. – BERNAMA