Kelantan martabat kesusasteraan Melayu

Dato' Md Anizam Ab Rahman (kiri) ketika menerima kunjungan Pengarah DBP Wilayah Timur Mohd Azam Juhari di pejabatnya hari ini.

KOTA BHARU: Kesungguhan kerajaan Kelantan memartabatkan kesusasteraan Melayu dibuktikan dengan penganjuran Anugerah Sastera Negeri Kelantan (ASNK) 2019.

Program itu dianjur bersama kerajaan negeri, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan (MKNK).

Advertisement

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Mejar (B), Dato’ Md Anizam Ab Rahman berkata, anugerah sastera itu sebagai usaha mengiktiraf karya penulis kelahiran atau bermestautin di Kelantan lebih tujuh tahun.

“Dua pilihan tarikh majlis tersebut iaitu pada Ogos bersempena Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia atau pada Oktober bersempena sambutan 30 tahun Membangun Bersama Islam,” katanya selepas menerima kunjungan Pengarah DBP Wilayah Timur Mohd Azam Juhari di pejabatnya hari ini.

Tarikh tutup pencalonan dan penyertaan Anugerah Sastera Negeri Kelantan 2019 pada 15 November 2019.

Pada 25 November 2015 mantan pensyarah Universiti Sains Malaysia Dr Fatimah Busu menerima Anugerah Sastera Negeri Kelantan.

Beliau menerima hadiah wang tunai, kain songket serta watikah anugerah disampaikan Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.- HARAKAHDAILY 21/7/2020