Petani terjejas Covid-19 dibantu kerajaan

KOTA BHARU: Nasib petani, nelayan dan penternak yang terjejas kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendapat perhatian kerajaan negeri.

Sehubungan itu, kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK) menyalurkan bantuan melalui kaedah pembelian produk pertanian.

Advertisement

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industrti Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, Ustaz Tuan Saripudin Tuan Ismail berkata, musibah Covid-19 yang melanda seluruh dunia turut menjejaskan sektor pertanian.

“Kerajaan negeri hanya menambah daripada bantuan-bantuan yang diumumkan kerajaan bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara,” katanya pada majlis Peyampaian Bantuan Sejahtera Tani Pasca Covid-19 di Hotel Royal Guest House di sini hari ini.

Turut hadir ADUN Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim dan Pengawai Eksekutif PKPNK, Engku Rajhan Engku Ismail.

Pada majlis itu lapan persatuan pertanian dan seorang pengusaha ikan kelah dari Gua Musang menerima bantuan dari kerajaan negeri.- HARAKAHDAILY 21/7/2020