SOSMA akan ditambah baik – KDN

KUALA LUMPUR: Kerajaan perpandangan bahawa Akta Hasutan 1948 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) masih relevan dan penting bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin, berkata kerajaan komited untuk menambah baik akta berkenaan.

Advertisement

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih memerlukan undang-undang sedemikian bagi membanteras dan membendung ancaman keselamatan seperti pengganas dan sindiket jenayah terancang.

“Kerajaan komited untuk menambah baik undang-undang keselamatan termasuk SOSMA dan Akta Hasutan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Su Keong Siong (PH-Kampar) di Dewan Rakyat.

Dalam soalan Su Keong meminta penjelasan berhubung status terkini hasrat kerajaan untuk meminda undang-undang yang dianggap zalim dan menindas seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012; Akta Hasutan dan lain-lain undang-undang drakonian.

Dalam pada itu, Hamzah berkata kajian yang lebih terperinci perlu dilaksanakan bagi memastikan keamanan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara.- HARAKAHDAILY 21/7/2020