Durian ‘Raja Kunyit’ nama asal Musang King

TANAH MERAH: Durian Musang King terkenal di Raub, sebaliknya di Kelantan ia lebih dikenali sebagai ‘Raja Kunyit’ berasal dari Kampung Pulai Raya.

Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, Kelantan akan mempromosikan spesis durian tersebut dikenali sebagai D197.

Advertisement

Katanya, nama asal durian tersebut ialah Raja Kunyit.

“Jadi saya mencadangkan supaya gelaran tersebut dijadikan sebagai nama rasmi khususnya di Kelantan.

“Ada pun nama Musang King sebagai nama komersial tetapi nama sebenar ialah Raja Kunyit yang didaftarkan sebagai D197.

“Jadi kalau kerajaan boleh mempromosikan lagi dan saya hendak cadangkan supaya nama Raja Kunyit dijadikan nama rasmi bagi nama asal Musang King,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Kampung Pulai Raya hari ini.

Turut hadir anggota Exco Kerajaan kerajaan, Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman, Adun Bukit Panau Dato’ Abdul Fattah Mahmood dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal.

Kampung Pulai Raya terletak 45 kilometer dari Kota Bharu sesuai dijadikan destinasi tarikan pelancong kerana lokasi asal durian Musang King.- HARAKAHDAILY 22/7/2020