Jangan biar cacing naik ke mata

SIAPA ultra Cina ini nak bantah penukaran nama Bukit St Paul kepada Bukit Melaka. Ultra kiasu ini tak ada pengaruh. Menumpang menang di kawasan majoriti Melayu. Kalah teruk bertanding kawasan majoriti Cina.

Kerajaan Melaka tidak perlu takut dengan parti kalah, ultra kiasu yang tidak ada pengaruh ini. Parti ultra kiasu ini, ada dalam PN, serupa tiada.

Sama macam parti Gerakan, dahulu keluar BN, sekarang, bila keseorangan, tak tahu nak ke mana, ke mana-mana pun kalah, nak masuk PN (BN) semula, nak minta kerusi untuk bertanding.

Advertisement

Sudah tentu kerusi yang diminta, sama seperti parti ultra kiasu Cina ini, kawasan selamat, kawasan majoriti Melayu. Itu sahaja tiket bagi membolehkan dia menang. Bertanding di kawasan majoriti Cina, kalah tergolek dengan parti ultra kiasu roket.

PN tak usah layan, biar Gerakan bertanding seorang-seorang kita nak tengok, kawasan mana dia boleh menang. Kalau PN nak terima juga, suruh dia bertanding kawasan majoriti Cina, tengok dia boleh menang ke tidak

Berbalik kepada isu Bukit Cina, parti kalah ultra kiasu, tak tahu malu, begitu cepat melatah, membantah keras, cadangan penukaran nama Bukit St Paul kepada nama asalnya – Bukit Melaka.

Saya rasa kalau tukar kepada nama bukit Cina, mungkin ultra kiasu ini akan senyap seperti nama-nama Cina lain yang ada di Melaka seperti Ramuan Cina, Bukit Cina, Lubuk Cina dan lain-lain. Hebat orang Melayu, dia boleh terima nama-nama asing ini demi perpaduan.

Cuba buat kajian asal-usul nama Ramuan Cina, Lubuk Cina dan Bukit Cina, kenapa Melayu sanggup terima semua nama ini?

Apabila Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mencadangkan nama Bukit St Paul ditukar kepada nama lamanya Bukit Melaka, bagi mengembalikan nilai sejarah bukit tersebut, milik Kesultanan Melayu Melaka. Justifikasi yang sangat kuat.

Ultra kiasu ini sangat elergi sebarang identiti Melayu. Termasuk apabila Kerajaan Melaka suatu ketika dahulu mahu mendaulatkan jawi dengan menjawikan nama-nama jalan seperti dahulu dan penggunaan jawi dalam urusan rasmi.

Ultra kiasu takkan setuju. Justeru, jangan layan. Teruskan sahaja. Dilayan pun bukan dapat undi mereka. Jangan layan parti ultra kiasu ini seperti mana kita melayan NGO Cina yang mahukan UEC diiktiraf. Teruskan dengan penegasan dalam membina negara. Berikan hak kepada yang berhak. Itu baru adil nama.

Paling bodoh, apabila ultra kiasu rasis ini, menggunakan hujah bahawa sejarah asal-usul Melayu beragama Buddha Hindu, maka sejarah agama-agama ini patut juga diketengahkan. Hujah ini nampak sangat bodoh dan berniat jahat.

Kita bercakap soal identiti Kesultanan Melayu Melaka, sama ada era ketika itu, Kesultanan Melayu Melaka belum Islam, mahukan telah Islam.

Apabila Kesultanan Melayu Melaka memeluk Islam, secara tidak langsung, identiti dan patung-patung tinggalan sebelumnya turut lupus.

Apakah ultra kiasu ini tidak faham, Sejarah Kesultanan Melayu Melaka? Kita bercakap soal identiti Melayu dalam sebuah negara asal-usul Melayu. Seperti mana identiti Cina, dalam sebuah negara asal-usul China di negara China.

Macam Makkah pada zaman jahiliyyah lah. Apabila Islam datang, maka terhapuslah segala patung-patung di sekeliling Kaabah, nak simpan buat apa? Siapa yang menguasai, dialah yang berkuasa. Perkara ini bukan baharu, berlaku di mana-mana

Sama juga macam di India hari ini, apa tinggalan Islam yang kekal apabila Hindu berkuasa semula di India? Apa terjadi kepada Masjid Babri? Banyak lagi contoh di India dan di China yang boleh ditonjolkan.

Kalau kita syorkan nama Bukit China. Lubuk China dan Ramuan China ditukar atas dasar interaksi China dengan Alam Melayu datang kemudian, apa pula reaksi ultra kiasu ini. Begitu juga dengan nama-nama jalan Cina yang begitu banyak di bandar-bandar.

Kalau nak lihat sejarah, mari kita lihat sejarah betul-betul. Jangan putar belitkan sejarah untuk kepentingan diri.

Kesimpulannya, hargailah toleransi Melayu yang sanggup menerima bangsa yang asing, bahasa yang asing, nama-nama yang asing, tanpa diasimilasikan. Melayu terima seadakannya tanpa banyak bicara.

Apabila ada cadangan Melayu mahu kembalikan hak mereka yang telah hilang, rasionalkan isu itu dahulu, bukan terus tentang dan lawan.

Kecualilah PERZIM cadangkan tukar nama gereja St Paul kepada gereja Bukit Melaka. Barulah nampak macam agak sedikit ekstrem. Ini hanya kembalikan nama asal Bukit Melaka.

Ingatan kepada Kerajaan Negeri Melaka, jangan biarkan cacing naik mata. Buatlah macam mana pun, layanlah macam manapun, ultra kiasu ini tidak akan bersyukur, kecuali kita ikut kehendak mereka.

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH – HARAKAHDAILY 22/7/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.