Lestari ziarah Ali XPDC cedera melecur

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan rock terkenal, XPDC, Muhammad Ali Ismail, 52, yang cedera melecur ketika membakar sampah di rumahnya beberapa bulan lalu kini semakin pulih.

Advertisement

Menurut Pengerusi Lajnah Sukan, Kesenian dan Kebudayaan (Lestari) PAS, Dr Riduan Mohamad Nor, kesihatan Ali mungkin kembali seperti biasa dalam tiga hingga dua bulan lagi.

Sepanjang itu, Ali tidak dapat melakukan tugas dan tanggungjawabnya seperti sediakala.

Justeru itu, lawatan dan ziarah Lestari bersama Zua XPDC (Azuar Md Tasi) dan Presiden Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wahijan, telah membawa sedikit wang sumbangan dan bantuan perubatan serta beberapa keperluan lain buat vokalis kumpulan rock ternama itu.

26 Mac lalu, Ali melecur 30 peratus di muka, tangan dan kaki selepas membakar sampah menggunakan petrol di belakang rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor.

Ekoran kejadian itu, Ali berkata, beliau tidak boleh tidur dengan lena, malah berat badannya susut sebanyak 20 kilogram (kg) dalam masa hampir tiga bulan disebabkan rasa pedih.- HARAKAHDAILY 22/7/2020