PN diyakini mampu pertahan Kedah PRU-15

PADANG TERAP: Perikatan Nasional (PN) diyakini terus mendapat mandat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 memandangkan semakin mendapat sambutan rakyat.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata, realiti yang berlaku sekarang rakyat bertambah dekat dengan PN.

Advertisement

Lagi pun katanya berdasar jumlah undi yang diperolehi PAS, BN dan Bersatu di Kedah pada PRU lepas, Pakatan Harapan (PH) tentunya berdepan dengan banyak kesukaran.

“Pada PRU lalu apabila dicampur semua parti dalam PN, PH habis… tidak ada apa lagi,” katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Pejabat Daerah Padang Terap di sini semalam.

Menurutnya juga ketika PH mensasarkan jumlah kerusi tertentu di Kedah pada PRU akan datang dalam misi mengambil alih pentadbiran Kedah, PN pula yakin menang 15 parlimen dan 36 Dun di negeri itu.

Ditanya usaha pembangkang di Kedah membentuk enam kluster yang bertindak sebagai semak dan timbang tara kepada pentadbiran negeri, katanya ia dialu-alukan.- HARAKAHDAILY 23/7/2020